terima kasih UMNO kerana berjaya membodohkan orang melayu Pulau Pinang. bab bab menipu dan membodohkan orang, UMNO memang pakar.

lagi berita dan pendapat boleh dibaca disini disini dan disini

ini bendera Malaysia





ini pula bendera Amerika Syarikat






tahukah kamu yang rakyat amerika sudah lama memanggil bendera mereka 'The Stripes of Glory' dan kita pula menamakan bendera kita "Jalur Gemilang'. Oh. betapa kebetulannya hidup kita.

pagi tu gua ada kelas. macam biasa, anak anak murid gua kalau dengar je tapak kasut gua, dari jarak 20 meter kelas dah senyap. itu belum gua masuk dalam kelas lagi, yang buat buat tulis buku lain, buat buat keras duduk diam lain. banyak lagi perangai pelik pelik akibat takutkan gua.

jadi, untuk bagi anak anak murid gua ceria sikit dalam kelas. sebelum mula mengajar gua tanya satu soalan femes masa musim perayaan ni.

"hah, berapa banyak duit raya awak semua kumpul raya ni?". tanya gua.

"saya dapat 200 cikgu!!", "saya dapat 350!!" beria anak murid gua jawab soalan.

"awak Syafiqah!! berapa awak dapat duit raya?" gua tanya kat anak murid gua yang muka dia ala ala diana daniel.

"kita dapat 800 cikgu".

"wah, banyak awak dapat?" awak ada nak beli apa apa tak?" gua bagi soalan maut lagi sekali.

"kita nak beli laptop.......boleh kita main facebook....."




"cis!! budak budak sekarang cepat betul terpengaruh dengan agenda iluminati..." getus hati gua.

"kau kena sampuk hantu raya ke?" rakan sekerja lelaki.

"haih, ni tanda kiamat ni..." rakan sekerja perempuan yang agak berusia.

"memang sah dah buang tebiat..." rakan sekerja lelaki sebaya.



ini semua antara kata-kata yang gua terima apabila gua sampai ketempat kerja seawal jam 6.40 pagi. ok, 6.40 pagi. gua kena pastikan ini bukan yang pertama dan terakhir.

harap harap berita gua datang awal sampai ke telinga mak gua.