aku bengang!!! sepatutnya skrg ni aku tgh skuba kt pulau perhentian. dan disebabkan musim monsun skrg ni aku terpaksa menunda rancangan percutian aku.

dan aku buat rancangan alternatif lain iaitu aku nk bercuti digenting highland, tp aku risau jika aku tgh seronok layan roller coster tiba2 tragedi bukit antarabangsa jadi kt genting highland plak, dan aku batalkan jugak rancangan percutian aku.

sekarang ni aku terpaksa duduk dirumah sambil layan astro.

kalau korang perhatikan, kebelakangan ni astro selalu ulang rancangan2 yg berkaitan dengan MAWI seperti mawi dibumi anbia, mawi@mauritius, akedemi fantasia (AF) musim ketiga dan mari berpantun bersama mawi(eh, ada ke rancangan ni??).

dan dengan menonton rancangan2 macam gini baru aku tau yang mawi pernah jadi juara utk AF musim ketiga.

semalam secara tak sengaja aku telah menonton konsert AF musim ketiga minggu ketiga, yang mana mawi nyanyi lagu gadis melayu.(masa ni baru aku tau apa itu WORLD).

aku perasan, lepas mawi nyanyi lagu gadis melayu tu, pengacara AF (aznil kalau x silap aku) tanya kat mawi.

"err, ok mawi...gadis melayu macam mana yang jadi pilihan mawi?"

Dan mawi jawab secara jujur.

"yang pertama bertudung"
"yang kedua faham saya...huhu.."
"yang ketiga pandai urut..haha.."

OK, itu mawi.

kalau pengacara AF tanya kat aku plak.

"err, ok Abg J...gadis melayu macam mana yang jadi pilihan Abg J?"

aku akan jawab dengan betul2 ikhlas.

"yang pertama JULIANA EVANS"
"yang kedua KAISARA"
"yang ketiga LIYANA JASMAY"


OK, ada sape2 yang memenuhi pakej tersebut??

boleh emel kat aku, dan aku akan berikan nombor telefon aku.

0 comments: