awal tahun hari tu aku ada ikut family aku pegi kenduri. kenduri sedara mara aku yang aku tak berapa rapat.

sebenarnya dengan family belah yang ni aku memang susah sikit nak berbual, tak tau kenapa, mungkin sebab diaorang takde anak perempuan yang cun dan boleh diajak keluar ke plaza angsana. atau aku yang terlalu sombong kerana aku bersekolah di sekolah arab yang mengharamkan perbualan diantara lelaki dan perempuan.

oleh kerana aku sudah dewasa dan single serta mempunyai nafsu terhadap perempuan, maka aku pun tinjau2 serta survey dalam rumah sedara aku tu, mana tau ada yang berkenan ke.

tapi malang, semuanya makcik2 yang hampir tarikh luput dan pakcik2 yang agak membosankan.

jadi aku ambil keputusan untuk lepak diluar sambil hisap rokok.

tiba2 ada brader tegur aku.

"sorang je ke? dari mana?"

oh shit, tipikal sial ayat tu. tapi aku cool. aku jawab jugak.

"ermm..xla...dengan family...ni rumah sedara"

aku jawab sejujur yang mungkin.

"owh, sedara ke?"

brader tu cuba untuk lebih bermesra dengan aku.

"a'ah...sedara belah ayah..."

kali ni lebih pendek jawapan aku sebab rokok aku dah nak habis masa tu.

"err...ni anak dah berapa?".

pergh, terus tersumbat anak tekak aku dengan asap rokok bila dia tanya macam tu. muka aku ada macam orang dah kawin ke. fizikal aku teruk sangat ke sampai brader tu boleh cakap macam tu.

"saya belum kawin lagi bang, bujang lagi ni"

aku senyum sebagai tanda membangkang pertanyaan dia.

"owh, yeke. abang ingat kau dah kawin. umur kau berapa?"

brader tu cuba nak dapatkan kepastian.

"saya baru 26 bang"

aku senyum lagi sambil menunjukkan lesung pipit aku supaya dia percaya yang aku ni awet muda.

"26 tu patut dah kawin dah"

brader tu bagi ayat penyata kat aku.

"tu la bang, belum ada rezeki kot"

"kau dah kerja ke?"

"dah 3 tahun saya kerja"

"kalau macam tu memang dah patut kawin pun, sebab dah lama kau kerja"

ok, brader ni cool bagi aku.

"bagi abang, kalau umur macam kau. lepas tu dah kerja lama tapi tak kawin lagi ada dua je masalah dia"

"apa dia bang?" aku pulak yang teruja.


"yang pertama dia terlalu memilih"
"yang kedua dia sibuk sampai tak ingat nak kawin"

aku diam.

dalam hati, aku pilih jawapan yang pertama lebih rasional untuk aku.

"okla bang, saya nak balik ni. mak pun dah tunggu tu". aku bagi alasan nak balik.

"ok, baik2 jalan"

dan, sampai sekarang aku terfikir kenapa dia boleh berbual pasal kawin dengan aku walaupun tempoh perkenalan aku dengan dia cukup singkat.

aku bukan terdesak sangat weh

aku cool

aku tenang

aku belum bersedia nak beli majalah pengantin dan andaman edisi terbaru.

tapi,
aku akan jadi gelabah bila aza yang kawin dalam masa terdekat ni.sebab dia kata dia xde hati dengan perempuan.

1 comments:

jart said...

dah buleh buleh lew tuh maknanya ^_^