ini catatan luahan perasaan yang pertama di blog ini.
seminggu ni aku rasa seperti di neraka. ianya bukan satu pengalaman yang indah.
"The fact that when u tell someone u trust or could be anyone so many times on how u feel right now; still they can't understand. Wanna know why? Bcoz, they r not in ur shoes."
aku tidak kisah jika aku ditolak oleh mana2 perempuan, bukan bermaksud aku lelaki murahan. tetapi aku menghormati hak orang lain, sama seperti Dato' Seri Najib menghormati tahanan2 ISA lalu membebaskan mereka semua.
tetapi yang aku kisahkan adalah alasan kenapa mereka menolak aku, adakah kerana rambut aku berbau minyak rambut BON, adakah kerana bentuk fizikal aku yang tidak seperti aaron aziz, atau alasan2 lain.
ini kerana aku ingin membuat post mortem apa yang tidak kena dengan diri aku. supaya aku boleh membuat comeback dalam keadaan bergaya.
tapi jika perempuan itu diam seribu bahasa, apa yang boleh aku buat.
"apa yang tak kena dengan kau man, kau perfect"
sorang sahabat pernah cakap macam tu dekat aku.
aku tak perfect, tapi aku ada apa yang aku nak. cume aku mungkin bad luck dengan perempuan. ini yang menjadi kerisauan aku. apakah aku kena mandi bunga? aku kurang percaya kepada benda2 mistik macam ni.
"kau susah ada lagi susah"
yes, ini aku boleh terima.
mungkin aku perlu luangkan lebih masa dengan orang2 susah, bukan bermaksud aku kena ikut program bersamamu. tp aku kena mendengar luahan2 perasaan dari rakan rapat aku dan juga rakan sekerja aku.
dan itu mungkin akan menjadikan aku lebih peka kepada keadaan sekililing.
damn, aku benci dengan keadaan sekarang ni.
0 comments:
Post a Comment