kali terakhir aku mengikuti drama melayu secara berterusan adalah pada tahun 2007 iaitu drama kerana cintaku saerah, itupun kerana lakonan mantap dari benji dan watak gangster kampung yang dilakonkan oleh isma yusuf.

tetapi pada tahun ini aku kembali ghairah untuk menonton drama bersiri melayu, iaitu nur kasih yang sedang ditayangkan ditv3. ini kerana drama arahan khabir bhatia itu berbeza dari drama2 yang ada di stesen2 television sekarang ini.

Mencapai 3000 view di youtube, 500 download, dan 50 komen. Ini statistik dalam masa 24 jam selepas satu-satu episod disiarkan. pencapaian ini boleh dikatakan menakjubkan.

cerita ini sangat2 berbeza dengan drama melayu yang ada sekarang ni, bukan bermaksud aku rajin menonton drama2 melayu ini, tetapi kerana aku dikelilingi rakan2 serumah yang jenis meng'konker' remote control, jadi aku terpaksa menonton drama2 melayu yang ada dengan hati yang sangat tidak ikhlas.

ini kerana aku sangat letih disogokkan dengan cerita2 tentang melayu korporat, melayu yang sangat berjaya, melayu yang penuh dengan hasad dengki, perempuan2 melayu yang perasan seksi, dan itulah yang menyebabkan aku loya dengan drama melayu yang ada sekarang ini (maaf, aku rasa aku ada hak untuk tidak menyukai drama2 seperti ini).

berbalik kepada drama nur kasih tadi, cerita ini simple, dengan skor muzik yang sangat tersusun, lighting yang sangat berkesan, lokasi penggambaran yang menarik, dan sinematografi yang cantik, cukup untuk aku katakan yang drama ini sangat berbaloi untuk ditonton selama sejam, walaupun perit menunggu seminggu untuk episod yang seterusnya.

aku memang menyukai drama yang bergenre begini, kisah kawin paksa, kehidupan kampung, tidak terlalu tipikal dan heroin yang sangat comel (cerita lain). terima kasih kepada pengarah drama ini kerana pemilihan pelakon yang sangat tepat, aku tidak dapat membayangkan jika johan raja lawak yang membawa watak aidil dan erra fazira membawa watak nur amina, tentu sangat membosankan.

okla, cerita banyak pun tak guna, bagi yang belum menonton drama ini aku bagi kamu link untuk kamu download, kamu boleh download drama ini disini dan juga disini.

nah, kamu boleh download dari episod awal hingga yang terbaru, (sila ucapkan terima kasih kepada tuan punya link tersebut) dan kamu boleh membuat penilaian kamu sendiri terhadap drama ini.

tepukan untuk nurkasih tv3.

haih, haus pulak aku menulis panjang2 ni.

7 comments:

Farah Wahidah said...

ye dengan ini penambahan RAM akan dilakukan. thanks sbb berjaya pengaruh saya utk donlod.

ngee!

dukustreet said...

farah,

bagus2...ada geng aku nk b'bual psl drama melayu...

ILUSTRASI MEGABUANA said...

HEI...KO TAK TERAWIH KE? KANTOL...

dukustreet said...

saipul,

aku gi terawih la...x pernah miss...hehe...

jart said...

yeayy !~ dpt gak link nk dload x yah susah2 nk cari link sendiri..hehe :D byk episod dh tlepas ni !_!

~penahati~ said...

citer ne mmg bes! plus stuju ngn abg J pasal drma2 mlayu yg bayk tah ape2 tah kat tv...

pss : skg ngah tonton wadi unung kat prima.. jln cite cm bess gak. tpi da byk miss! :(

dukustreet said...

jart,
sila2...donlod elok2...hehe...

penahati,
btul2...lg2 cite psl2 sykt besar2 tu..mmg xleh msuk...

p/s: cite tu best ke? kt astro kn..