banyak orang bila berjumpa dengan aku dia akan berkata begini

"aku jeles la tengok kau, rileks je, macam takde masalah"

itu memang lumrah. mungkin kerana muka aku yang agak kebudak-budakkan atau style rambut aku yang terbaru yang membuatkan wajah aku seperti tiada apa2 masalah.

tapi hakikatnya lain.

aku pun manusia biasa dan tipikal seperti kamu juga. banyak juga masalah. tidak kira la masalah peribadi, masalah tempat kerja atau masalah rakan-rakan. aku sentiasa diselubungi masalah.

cuma bezanya, aku tidak menonjolkan sangat masalah aku.

kerana aku hanya akan memikirkan masalah aku ketika aku berada didalam tandas. ya, ketika berada didalam tandas.

tidak kira la hajat kecil atau besar. aku akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap masalah aku itu. 110% kosentret.

dan keluar saja dari tandas, aku akan campak jauh2 masalah aku itu.

nampaknya setakat ini cara ini sangat berkesan.

cuma baru-baru ini aku ada masalah yang betul-betul buat aku tension.

iaitu iklan ON KENING.

masalahnya, perlukah aku habiskan kredit untuk menaip ON KENING dan hantarkan ke 33100?

betul-betul masalah la.

1 comments:

Unknown said...

Kalau aku, aku lebih rela ON JODOH