apa perasaan kamu jika kamu sedang enak menonton wayang dan beberapa orang lelaki disebelah kamu berkata begini ketika salah satu adegan bercium sedang berlaku.

"ah...potong la pulak"

ya, babak ciuman itu dipotong atas dasar menjaga sensitiviti orang islam yang menontonnya.

dan kemudian ada babak pasangan didalam cerita itu ingin melakukan seks dan beberapa lelaki disebelah tadi berkata begini pula.

"yes...." (dengan nada teruja)

ya, itulah perkara yang berlaku ketika aku sedang menonton 500 days of summer. (aku akan ulas filem ini di entri yang lain)

dan banyak lagi perkara yang menjengkelkan yang mereka lakukan sepanjang aku menonton wayang tersebut.

dengan sedikit jelingan aku perasan yang lelaki-lelaki disebelah aku itu berumur awal 20an dan mungkin pelajar IPT. kenapa mereka berkelakuan begitu? adakah sistem pendidikan sekolah rendah kita yang salah. atau, sikap sesetengah pelajar IPT memang begitu.

aku pasti yang mereka begitu mengharapkan akan ada adegan seks yang melampau didalam filem tersebut. dan aku 100% pasti yang mereka tidak pernah melakukan seks, kecuali mereka hanya berani menonton video 3gp dengan tajuk 'anak felda semenchu' (cerita lain).

aku pernah muda, aku pernah belajar di IPT, dan aku juga tidak pernah melakukan seks. tapi aku tahu menjaga batas2 ketika berada didalam panggung wayang.

lagi satu, tolong jangan kritik filem yang sedang kamu tonton ok, dah banyak kali aku jumpa orang seperti ini. menjengkelkan.

1 comments:

seorangsoultan said...

1.sebab drg mungkin masih virgin walaupun umur dah melepasi 15thn..so tak mustahil kelakuan bergitu