sejak akhir-akhir ini ramai rakan-rakan aku yang membincangkan mengenai melayu, perangai orang melayu, nasib orang melayu pada masa hadapan, dan apa jua yang berkaitan dengan melayu yang difikirkan logik. aku tidak tahu mengapa topik ini begitu popular untuk dibincangkan dengan aku, mungkin kerana darah keris yang mengalir didalam diri aku sejak dahulu (cerita lain).

melayu, seperti yang kita ketahui adalah suku bangsa yang ada diMalaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan juga Singapura. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

kebanyakan melayu yang berada selain daripada di Malaysia dan Indonesia adalah golongan minoriti. dan jika ianya minoriti maka akan wujud diskriminasi. perhatikan saja diSingapura, melayu disana sering dipinggirkan dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. ini ialah realiti yang berlaku disana.

itu tidak menghairankan kerana pemimpin mereka terdiri daripada kaum bukan melayu. dan mereka hanya menjaga kepentingan mereka sendiri.

tetapi apa yang menarik diMalaysia ialah, kita dipimpin dan ditadbir oleh bangsa kita sendiri, yang telah dari dahulu menjaga kepentingan sendiri, tetapi kita masih juga banyak ketinggalan.

dan dalam hal ini siapa yang patut dipersalahkan?. adakah kerajaan yang memerintah kita selama 52 tahun ini yang salah. disinilah wujudnya konflik dalam masyarakat berbilang kaum kita.

dalam tidak sedar orang melayu telah diperbodohkan oleh pemimpin mereka sendiri. perhatikan bagaimana penipuan secara halus ini dijalankan. kerajaan menguasai segala bentuk media diMalaysia ini dari media cetak hinggalah media elektronik. melalui inilah jarum-jarum penipuan mereka dijalankan.

"Bapa Durjana" "Atuk Rogol cucu" "karaoke sex". inilah tajuk-tajuk yang sering dijadikan muka depan akhbar melayu, terutamanya harian metro dan kosmo yang macam haram itu (kecuali berita sukan mereka). mengapa tajuk2 ini sering disensasikan? kamu fikir la sendiri.

mengikut ahli antrapologi, bangsa melayu adalah satu bangsa yang ramah, yang mudah senyum, tidak terbiasa dengan kerja berat dan suka dengan kehidupan yang santai dan hiburan.

ketika Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat pada satu ketika dahulu, orang melayu pada ketika itu begitu marah dan tersedar, sehinggakan anak-anak kecil pun diheret sama kekancah politik jalanan. ketika itulah bangsa melayu berani turun menentang kebatilan.

apabila bangsa melayu itu tersedar dari khayalan dan kebodohan, maka jalan paling mudah untuk melalaikan bangsa melayu adalah dengan hiburan. maka diwujudkan pelbagai jenis bentuk hiburan. Jom Heboh dan Akademi Fantasia (sekadar menyebut beberapa program), semua ini diwujudkan untuk melalaikan orang melayu.

dan kesannya bangsa melayu terpana dengan program-program sebegini. sehinggalah pada Mac 2008, apabila kaum bukan melayu memberi signal perubahan. dan itupun hanya sedikit bangsa melayu yang perasan dengan signal yang diberikan itu. hasil daripada keberanian untuk berubah oleh kaum bukan melayu dan segelintir melayu maka kerajaan UMNO/BN hampir tumbang dan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas itu berjaya menubuhkan kerajaan di 5 buah negeri.

itupun bangsa melayu itu sedar hanya sekejap sahaja, selepas Dato Seri Najib melancarkan slogan 1 Malaysia, bangsa melayu terpana seketika.

itu belum diceritakan bagaimana kesan internet kepada bangsa melayu, sebagai contoh, kamu google perkataan melayu, apa hasilnya? akan terkeluarlah cerita sex melayu, video 3gp melayu, awek melayu dan bermacam-macam lagi. jika kamu ingin tahu, inilah pemikiran melayu kita yang sebenar.

tidak tahulah bila bangsa melayu akan sedar balik.

1 comments:

jart said...

saya suka entry ni ^_^